Pinjaman Penyatuan Hutang Swasta Berlesen

Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang

Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang atau debt consolidation loan adalah pilihan popular untuk mengurangkan bayaran bulanan pinjaman sedia ada. Anda mohon pinjaman baru untuk menggabungkan hutang sedia ada ke dalam pinjaman baru dengan kadar faedah yang lebih rendah. Ini membantu mengurangkan beban bayaran bulanan dan dapat meringankan hutang bulanan.

Apakah Itu Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang

Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang merujuk kepada jenis pinjaman peribadi yang digunakan untuk melunaskan hutang-hutang yang sedia ada dengan membayar semua hutang itu secara serentak, dan seterusnya memperoleh satu hutang baru dengan bayaran balik yang lebih rendah dan jangka masa pembayaran yang lebih panjang. Pinjaman ini biasanya diluluskan berdasarkan kelayakan kredit peminjam dan terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi seperti rekod kredit yang baik dan penghasilan tetap yang mencukupi. Objektif utama pembiayaan ini adalah untuk membantu peminjam mengurangkan beban hutang dan meningkatkan kemampuan untuk menguruskan kewangan secara berkesan.

 

Contoh Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang:

JUMLAH PEMBIAYAANRM50000 hingga RM200000
TEMPOH PEMBIAYAAN12 hingga 120 Bulan
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN2.38% p.a
SEKTOR PEKERJAANKakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
KELAYAKAN GAJIGaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
HAD UMUR18 hingga 60 Tahun
JUMLAH PEMBIAYAANRM1000 hingga RM200000
TEMPOH PEMBIAYAAN6 hingga 120 Bulan
KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN3.56% p.a hingga 5.56% p.a
SEKTOR PEKERJAANKakitangan Kerajaan / Tentera / Pesara
KELAYAKAN GAJIGaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
HAD UMUR18 hingga 60 Tahun

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang

Institusi kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi, dengan ciri dan syarat kelayakan yang berbeza-beza untuk setiap produk dan pelan. Oleh itu, penting untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan kelayakan anda. Semua pinjaman dan pembiayaan peribadi yang tersenarai datang dari institusi kewangan seperti bank, koperasi berdaftar, dan kredit komuniti, yang sebelum ini dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan mengisi maklumat dengan betul, agar kami dapat mencadangkan pelan pinjaman peribadi terbaik untuk anda.